29 August 2011

♥Selamat Hari Raya

Tumblr_lqodjlvdv81qcz60qo1_500_large

Assalamualaikum peeps , rindu awak semua ! Sekarang ni Nurin dah selamat sampai kat rumah nenek Nurin . Tadi buat kuih raya . Hehe . Best kot sebab nampak macam best . Tadi , masa Nurin tengah buat kuih , Nurin sikit je lagi nak tergigit kuih raya . Haha mujur ada mama kalau tidak batal puasa Nurin .

Okay Nurin nak ucap , Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk followers kat blog , followers kat twitter dan friends kat facebook . Kat blog , kalau-kalau ada post Nurin mencarut ke apa ke . Kat twitter , kalau ada Nurin tweet benda-benda yang menyebabkan korang benci Nurin . Kat facebook pulak , kalau Nurin ada share quote-quote yang buat korang rasa tak puas hati ke apa ke . Nurin nak mintak maaf semua !

Harap korang maafkan , sebab koranglah kawan-kawan siber Nurin di dunia dan di akhirat . Korang raya tahu ni kat mana ? Nurin kat kampung . Baju raya korang warna apa ? Kalau Nurin , tahu ni warna Kelabu + Pink . Pink tu memang kena ada tiap-tiap tahun . Hehe .

P/s : Nurin nak pergi tolong datuk Nurin cuci rumah jap !

25 August 2011

♥I'm Waiting For UPSR !

6062071071_121605196c_z_large_large

Assalamualaikum , hari ni saya nak balik kampung , saya balik kampung bukan untuk beraya dan buat kuih raya . Saya balik kampung sebab nak baca buku je . Saya tak leh beraya tahun ni . Saya dah tak boleh nak buat freebies untuk followers-followers saya . Maafkan saya . Saya tahu korang tengah buat kuih raya kan ? Tapi saya buat latihan . Banyak lagi buku yang tak habis .

Saya kena work hard sekarang , so kalau saya tak online dan tak tukar design blog , tu maknanya mama saya tak bagi online . Saya tahu semalam korang tengah syok tengok tv , tapi saya tengah syok tengok buku . Waa ! Saya tahu tahun ini . tahun yang paling menyakitkan . 

Apa-apa pun saya tahu , yang berlajar ni untuk masa depan . Jadi saya tak boleh nak main-main lagi . Saya kena betul-betul fokus untuk pelajaran sahaja . Bukan fokus dekat laptop . Saya dah tak boleh lalai lagi , tinggal berapa belas hari je lagi nak UPSR . Takut ~ I hope I will get 5A in upcoming UPSR .

Ramai yang bagi aku kad raya . Perempuan , bukan lelaki !

21 August 2011

♥Airport Wait For Me !

Tumblr_lo2cnerspm1qap29lo1_500_large
Assalamualaikum , act bukannya saya nak pergi melancong ni . Haha . Saya just nak pergi ambik mama dan abah saya je . Hahah . Mama dan abah saya kan pergi Mekah buat Umrah , so hari ini saya nak pergi ambik diorang . 

Saya nak pergi kat airport dalam pukul 6.30 p.m . Mama dan abah saya dijanka sampai pada pukul 7.25 p.m . Alamatnya kena berbuka kat airport lah ye . Haha . Korang terima kasih sebab follow blog saya ni . Saya tahu blog saya ni tak perfect .

Followers dah bertambah , saya dah bertambah . Syukur alhamdulillah . Dah 390+ dah yang follow blog saya . Thanks youu ! Korang , aku rasa nanti followers aku dah 400 , aku nak bagi freebies tapi kena credit tau . Hehe .

Korang tolong bagi cadangan apa yang korang nak suruh aku buat freebies . Contohnya : background , doodle , sidebar , welcome note . Okay bai !


18 August 2011

♥Saya Dapat Result Trial

Tumblr_lq499od1bn1r1cnjdo1_500_large

Assalamualaikum ,tadi saya dapat result trial , wah happy gila . Seramai 31 orang yang dapat 5A . Saya gembira sangat-sangat . Markah saya semuanya meningkat kecuali Sains . Haha , padan muka sapa suruh saya tak belajar . Wink-wink . Exam haritu memang senang nak matilah . Tapi masa dalam kelas , saya berdebar tunggu result .

Saya ni tak pandai Bahasa Malaysia . Selalu dapat 80 lebih je . Korang nak tahu berapa markah aku ? Tengok di bawah .

  • BM PEM : 83
  • BM PEN :87
  • BI : 89
  • SN : 90
  • MT : 94

Semua rendah-rendah , tapi saya tetap bersyukur sebab dapat 5A untuk trial . Hahah . Sekarang saya dah pandai MT . Yeye !

BTW  , sapa-sapa yang terliur dengan strawberi di atas cepat-cepatlah pergi Cemeron Highland .

17 August 2011

♥Trial UPSR Dah Berakhir UPSR Belum Lagi .

6051838513_8bcbabf0eb_z_large

Assalamualaikum , lega hati saya apabila Trial UPSR dah berakhir . Syukur alhamdulillah . Saya harap saya dapat 5A for trial . Tapi ini baru trial belum lagi UPSR . Saya rasa trial ni senang je . Tapi kenapa bekas pelajar tahun lepas \sekolah saya/ kata , trial ni payah , tapi UPSR senang .

Pelik Bin Ajaib betullah . Saya harap UPSR pun senang macam trial jugak . Lebih senang daripada trial pun takpe . Hari tu masa trial , sebelum masuk dewan cikgu suruh berkumpul kat perhimpunan . Cikgu bagi tips kat budak-budak target \termasuk saya :p/ . Dia cakap trial ni penting . Macam , kita dapat 5A untuk trial tapi UPSR tak dapat . Pastu ada orang akan rujuk kertas trial . And kita berpeluang dapat 5A .

Blog saya dah berubah sikit . Warna pink . Comey tak xD . Memanglah tak comey . Saya suka orang puji blog saya tapi janganlah puji sampai saya riak . Okay . Saya tak berlagak . Cuma cakap je . Saya tak nak kalau ada orang puji , pastu saya pun jadi riak . And then ramai orang benci saya .

06 August 2011

♥Mama dan Abah .

Tumblr_lph1eezykc1qikrrmo1_500_large

Assalamualaikum , wink wink Nurin Hannani here . Rindu korang sangat-sangat . Lama jugak aku tak post entry ni . Kan ? Rindu tak ? \gedik gilaa/ . Sebanarnya aku nak cakap yang mama dengan abah aku nak pergi mekah . Bukan buat haji or hajah but umrah je . Kalau buat haji or hajah tu , tahun yang akan datang kot .

Mama dengan abah aku nak pergi 8/8 . Two weeks je . Aku je yang sedih melebih . Haishh . Masa mereka pergi ke tanah suci tu , aku ada dua exam 1 pra 1 lagi percubaan UPSR . Wish me luck babes . Thanks yang follow aku tu dah 350+ . Thanks a lot . Aku rasa masa mama dan abah aku kat sana mungkin aku dah tak leh online kot .

Nak tahu sebab ape ? Sebab aku akan tinggal dengan nenek aku . Dia cakap camni , 'buat latih tubi sekarang ! Lepas siap Bm , buat Bi lepas siap Bi buat bla bla bla ' . So , masa yang ada aku kena menghadap buku bukannya komputer memangjang . Aku nak pergi berbuka dah ni . Daaa .

Selamat Berpuasa \sorry lambat wish/