25 September 2011

New Look .

asian, asian girl, beautiful, beauty, cute
Assalamualaikum , blog saya sudah berubah . Blog saya sudah berwarna hitam dan merah jambu . Tujuan saya buat blog saya menjadi warna hitam ini kerana saya nak mematangkan diri saya yang tidak matang ini . Dan saya juga cuba untuk jadi lebih dewasa .

Blog saya ni tidak berapa matang lagi sebab ada yang kurang . Blog saya tidak seperti blog korang yang comel dan tembam tu . Blog saya ni macam sunyi tak berpenghuni ke ? Haha . Terima kasih kerana korang lawat blog buruk saya ni . 

Btw , korang nak tahu tak followers saya meningkat . Kalau followers dah meningkat readers mestilah meningkat . Saya harap readers kat blog saya meningkat dan terus meningkat . Insya-Allah .

Written by ,
Nurin Hannani

23 September 2011

Tak Sabar .

blue, cookie monster, elmo, everyone, jatimpark, red

Asalamualaikum , korang tahu atau tidak tentang maksud tak sabar yang ada di post title ? Saya tidak sabar untuk :

-Nak dapat result .
-Nak pergi lawatan .
-Nak dapat readers yang ramai . [Tu pun kalau followers meningkat , saya dapatlah ramai readers ]

Saya nak tahu sangat result UPSR , tapi ianya lambat lagi . Saya jugak nak pergi lawatan dengan segera kerana saya dapat lihat yang Perak dan Pulai Pinang sedang melambai-lambai mengajak saya ke sana . Saya nak dapat readers yang ramai dan bukan followers yang ramai . Saya tidak tergila-gila akan followers tapi saya tergila-gila dengan readers ! 
Written by ,
Nurin Hannani

22 September 2011

Bosan .

asian, black, bracelet, fashion, girly, necklace

Assalamualaikum , saya sebenarnya tengah bosan , saya tidak tahu hendak buat apa . Kalau nak buat tutorial , saya nak buat tutorial apa ? Tidak ada yang request . Kalau freebies , saya dah buat freebies header . Korang kalau nak header klik kat sini http://diary-luvers.blogspot.com/2011/09/freebies-header.html .

Korang kalau korang freebies atau tutorial korang hanya perlu request kat kotak shoutbox . Tak perlu susah-susah add saya dekat laman Facebook . Kalau nak ambik header saya pastikan korang kredit dan komen dulu entry saya . Baru saya boleh tahu siapa yang ambik header tu .

Saya tahu header saya tak comel . Kalau ada yang mengaku yang header tu dia buat sendiri , saya akan masukkan dia ke dalam lokap . Hehe . Gurau . 
Written by ,
Nurin Hannani

Freebies Header .

beautiful, fashion, girl, maariapaaula, owl

Assalamualaikum , hari ini saya hendak bagi awak semua header . Kalau nak awak kena kredit dekat saya . Kalau nak buat freebies awk jang mengaku yang header ni awk buat sendiri kredit dekat saya juga .






Gembira .

cute, fashion, hand, owl, photography

Assalamualaikum , saya berasa sangat gembira kerana lawatan ke Langkawi telah dibatalkan dan diganti dengan lawatan ke Perak dan Pulau Pinang . Lawatan tersebut akan diadakan pada hari dan masa yang sama . Yang berlainan adalah tempat dan kos yang lebih murah . Alhamdulillah , kerana kosnya telah diturunkan dan ia membolehkan abah dan mama saya dapat membayarnya .

Tujuan guru sekolah kami menukar tempat untuk dilawat kerana tidak ada sambutan yang hangat . Oleh sebab itulah guru saya menukar tempat lawatan supaya ianya menjadi sambutan yang hangat . Satu lagi sebab ialah kerana semalam kamu semua menonton televisyen tak ? Ada feri terbalik . Menakutkan .

Selepas menonton berita itu semua rakan saya memujuk guru kami untuk menukar tempat yang akan dilawat . Guru kami bersetuju dan menukar lawatan ke Langkawi ke Perak dan Pulau Pinang . Hope lawatan itu berjalan dengan lancar .

I can't wait for the trip !  
Written By,
Nurin Hannani

21 September 2011

AQUA LOMO CAMERA & MACAROON'S CONTEST


Assalamualaikum , saya nak join satu kontest . Untuk mengetahui syarat-syarat kontest ini, korang hanya perlu klik pada banner di atas  .Saya pertaruhkan header ni :



Saya tahu ianya tidak comel . Tapi saya berharap saya akan menang kontest ni .


Edit Blog .


Assalamualaikum , tajuk yang saya lampirkan diatas bukannya untuk mengedit blog kalian semua , tetapi hanya untuk menceritakan yang saya sudah selesai dari mengedit blog rakan-rakan saya di sekolah .Saya gembira apabila berjaya mengedit blog rakan saya . Saya harap mereka berpuas hati dengan hasil usaha saya untuk mempercantikkan blog mereka . Saya juga berharap trafik untuk ke blog mereka juga meningkat .

Saya berharap yang mereka dapat mengedit blog mereka dengan hasil tangan mereka sendiri . Saya tahu yang mereka dapat mengedit blog mereka sendiri dengan lebih comel lagi . Jikalau kalian hendak tahu apa link blog mereka , korang harus membaca post ini sehingga penghujungnya .

Rakan-rakan yang saya editkan blog itu ialah Asmaa' Afiqah - http://asmaablog.blogspot.com/ . Yang kedua ialah Amalin Dinie - http://lien-lynn.blogspot.com/ . Yang terakhir ialah Nur Busyra - http://nur-issabella-mf.blogspot.com/ . Saya tahu hasil editan saya tidak comel seperti blog kalian .

P/s : My blog has a new look !
Written by ,
Nurin Hannani 

20 September 2011

Lawatan Ke Langkawi .

asian, autumn, camera, fall, girl, leaves

Assalamualaikum , saya berasa sangat gembira kerana guru-guru di sekolah saya semuanya baik hati . Mereka akan mengadakan lawatan sambil belajar untuk murid-murid tahun enam di sekolah saya . Lawatan tersebut akan diadakan pada 19/10-22/10 . Kosnya adalah sebanyak RM 300 .00 .

Saya juga amat bersyukur kerana mempunyi ibu bapa yang amat menyayangi dan memahami saya . Mereka telah membenarkan saya turut serta dengan lawatan tersebut . Tetapi ianya bersyarat . Syratnya ialah saya perlu menjaga diri semasa berada di Langkawi .

Saya berharap ramai rakan-rakan saya akan turut serta ke lawatan tersebut kerana tahun ini adalah tahun terakhir  kami di sekolah rendah . Sebaiknya kami perlu menghabiskan masa bersama kerana kita tidak tahu apabila ke sekalah menengah , kita akan bertemu lagi atau sebaliknya .

Written by ,
Nurin Hannani

17 September 2011

New Look .

166356_171096919598560_170836716291247_331179_4490548_n_large

Assalamualaikum peeps , hari ini saya tukar design blog . Saya tukar sebab saya boring asyik-asyik pink . Okay tak warna Grey ni ? Adakan ia terlampau gelap ? Kalau terlampau gelap cakap ek . Saya buat blog warna Grey sebab ramai yang pakai warna ni . Saya pun nak join la buat blog warna ni .

Banyak yang saya ubah , underline saya pun dah lain nak tengok ? Try korang hoverkan cursor korang kat sini . Dia bertukar warna, right ? Kalau ada masa saya buat tutorial . Jangan masuk-masuk buka page source saya . Saya tak suka . Kalau nak tahu , mintak je dengan saya jangan main buka page source .

Try korang hoverkan cuesor korang ke post title saya . Dia bertukar warna, right ? Kalau nak tutorial just minta dengan saya . Saya tak marah pun . Tapi kalau saya sibuk saya tak buatlah . Dulu saya suka sangat buat tutorial , tapi sekarang saya rasa macam malas nak buat tutorial .

Kalau blog ni cacat ke apa ke , tolong beritahu saya . Saya akan ikthiar untuk membaiki apa yang cacat kat blog ni . Saya nak readers saya semua tenang apabila korang tengah baca entry-entry saya yang best ni . *Tak best pon sebenarnya* . Saya harap awkenjoy baca post saya kali ni .

P/s : Esok dah sekolah . Malaslah nak pergi sekolah .


15 September 2011

Upsr Dah Habis .

5s6hx2834122-02_large

Alhamdulliah , sekarang saya bukan UPSR candidate dah . Saya sekarang adalah UPSR ex-candidate . UPSR tahun ni senang terutamnya , Matematik . Saya tak sangka 10 minit nak habis masa tu saya dah siap . Saya tengok orang lain tengah terbongkok-bongkok tegah jawab soalan Matematik .

Saya suka semua pengawas yang jaga Dewan 3 . Terutamanya Encik Arkeh . Gila baiklah dia tu . Saya dalam dewan duduk rapat je dengan kawan-kawan baik saya . Kalau macam tu senang la nak meniru . Tapi saya sedih jugak nak tinggalkan suasana masa ambil UPSR .

Ujian Aptitud adalah ujian yang paling susah . Haaa . Saya tahu semua jawapan tu semuanya betul tapi markah dia lain-lain . Aduhh , susah giloo . Harap-harap saya dapat markah yang boleh bantu saya masuk asrama penuh . Act , Aptitud tu untuk bantu kita masuk asrama penuh .

P/s : Saya  bergaduh dengan BFF ! Best kot gaduh dengan dia .