30 December 2011

Last Post...

Nape diorang ni comel sangat ? = ='

Assalamualaikum , hari ni Nurin rasa penat sangat , sebab ape ? Sebab duk edit blog yang forever hodoh ni . Tapi sehodoh-hodoh blog ni pun , Nurin still sayang kat blog ni . New header awesomekah ? Tidak ? Nurin sedar wuwuwu --' . Nurin dah start merapu , kita straight to the point okengg ?

Last post ? Nampak macam mengerikan je title tu kan ? Yeah , last post sebelum masuk sekolah dan mungkin last post untuk tahun 2011 . Esok 31 haribulan . Hari terakhir pada tahun 2011 . Sedih 2 minit . Ok dah tak sedih dah . Cuti tahun ni bosan banget deh . Kelantan Fc lawan Pasaraya eh salah Persabaya kalah . Sedih wuwuwu .

Goodbye 2011 and hye 2012 . Benda ni Nurin jumpa dekat blog Asmaa'  :
- No more facebooking .
- No more blogging .
- No more keypad .
- No more mouse .
- And no more K-pop . *Yoseob Oppa , Nurin tak akan lupekan kamuuu . I lap chuu :*

Nurin dah nak sign out dan Nurin dah tak tahu apa yang nak merapu lagi kat blog ni . Assalamualaikum .

26 December 2011

New Look .

Forever huduh -..-'

Assalamualaikum , semenjak dua menjak dan tiga menjak ni kan , Nurin macam dah takde idea nak update apa dalam blog ni . Blog Nurin memang forever bosankan ? Cuti tahun ni , huh bosan nak mati -..-' Petang-petang ajak adik suh main badminton huh jual mahal ! New look ?! Yeah , blog Nurin dah bertukar ! Awesomekah ?

Nurin rasa blog ni tak awesome macam blog korang tu . Siapa yang cakap blog ni awesome terima kasih ^.^ Fyi , ni bukan Denim ek ? Ni still Classic template . Yeah , Nurin buat sendiri , korang nak ? Hmm , nantilah kalau Nurin rajin , Nurin masukkan dalam blogskin . Hope korang suka dengan new look ni walaupun ianya tak berapa nak awesoem . Nurin memang tengah malas sekarang ni . Nak je tidur lepas buat entry ni , tapi apakan daya perutku sudah burbunyi minta diisi . Lol XD

Btw , tadi Nurin dengan kawan-kawan Nurin pergi sekolah jumpa cikgu-cikgu . Woahh best , ramai cikgu datang sebab masa tu ada kelas tambahn bagi budak-budak tahun 6 next year . Teringat pulak masa pergi kelas tambahan akhir tahun lepas , Nurin datang lewat 10 minit , kena marah kat cikgu malu la pulak . Mana taknya , Nurin bagun pukul 7:50 . Teruk ? Yeah I know . Nurin rasa dah tak de idea nak taip lagi . Assalamualaikum .

23 December 2011

Sekolah Baru Azam Baru...!

asian, books, cute, girl, pen

Assalamualaikum , petang tadi Nurin pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan Nurin best gila . Naik basikal je . Huh , kami mana ada lesan nak naik motor . Kalau ada dah lama dah kitorang jadi minah rempit . Lol . Masa nak balik tu , abah , mama dan adik-adik Nurin pergi ambik Nurin kat rumah Asmaa' . Pastu pi jalan-jalan dekat sekolah baru Nurin . SMKA Naim Lilbanat .

Sekolah tu pergh menawan kalbu sangat . Asrama dia superb gila . Kawasan sekolah dia bersih nak mati . Suka Nurin tengok sekolah macam tu . Kfine , Nurin mengaku yang Nurin memang dah tak sabar nak masuk sekolah tu . Walaupun , sekolah tu kena pakai tudung labuh macam ustazah . Haha .

Azam Nurin tahun depan :

1. Nak jadi budak yang taat pada agama .
2. Hormat kedua-dua mama , abah dan juga cikgu .
3. Dah tak jadi budak gedik :P
4. Yang penting , Nurin nak belajar bersungguh-sungguh biar sampai ke menara gading *ceh ayat aku , macam orang dah masuk universiti :P

Harap-harap Nurin dapat pegang azam Nurin tu baik-baik . Btw , korang sekolah kat mana tahun depan ? Tak nak kongsi dengan Nurin ke ? Sapa yang dapat SBP angkat lubang hidung tinggi-tinggi . Tahniah lah yang dapat . Best lah dapat SBP :)

Untuk yang nak join kontest , korang klik banner kat sidebar blog saya tu ye ? Ramai yang tak join ni , nape eh ? Kalau tak menarik cakaplah ye ? Boleh la Saya , Wani dengan Isha tukar tajuk kontest tu . Haha . Nurin rasa dah tak de pape nak share dengan korang hari . Assalamualikum .

15 December 2011

Contest I'm Stylo By Wani , Me and Isha


Assalamualaikum , hari ni Nurin , Wani dengan Isha nak buat satu contest yang bertajuk Contest I'm Stylo . So , cepat-cepatlah korang join . Hadiah dia dari sponser-sponser yang hebat belaka . Setiap kontest mesti ada syaratnya kan ? So , kontest kami pun ada syarat .

Syarat-syaratnya :

  1. Wajib ada blog .
  2. Warga Malaysia sahaja terbuka kepada lelaki dan perempuan .
  3. Buat post tentang kontest ni dan letak linkkan banner ke blog Nurin , Wani atau Isha . Pastikan korang letak gambar stylo korang dalam post tu .
  4. Wajib follow blog Nurin , Wani dan Isha
  5. Letak banner kat sidebar blog korang .
  6. Tag 2 orang atau 3 orang dan pastikan mereka tahu . 
  7. Komen dalam blog Nurin , Wani atau IshaKOMEN HANYA DISALAH SATU BLOG SAHAJA.  
  8. Korang wajib klik chrup Nurin setiap hari . [Click , Click and Click] . Thank you
Hadiah untuk Pemenang nombor 1
- edit blogskin - by Scha Feeqah
- free header - by Izyan Nazirah
- free 2 doodle - by Popit
- free sidebar image - by Isha

Hadiah untuk Pemenang nombor 2
- edit blogskin - by Nur Wani
- free header - No sponser right now

Hadiah untuk Pemenang nombor 3
- edit blogskin - by Ikhwani
- free doodle - by Asmaa' Afiqah

Syarat-syaratnya mudah je kan ? Harap-harap ada yang nak join . Assalamualaikum

14 December 2011

SBP...!


Assalamualaikum , Gumball tu comelkan ? Kalau korang nak tahu Gumball tu boyfriend cik Athirah Rahim kita . Sape kat sini darjah enam ? Untunglah sape yang dapat Sekolah Berasrama Penuh . Nurin tak dapat . Mak Nurin cakap , SBP tu dia banyak pilih lelaki je . Mana acii !

Apa-apa pun , Nurin nak ucap congrats kat orang yang boleh SBP . I'm jelly you know ? Who cares ? Harap-haraplah Nurin dapat masuk . Amin amin amin . Kalau Nurin tak boleh Mrsm , Nurin nak sekolah kat mana ? Lagipun Nurin nak belajar berdikari . Duduk asrama , kan best .

Fyi gais , followers Nurin dah 800+ . Thanks sangat kepada korang yang sudi follow blog buruk ni . Insya-Allah kalau followers Nurin dah 1000 , Nurin mungkin akan bagi header gif atau terus edit full blog korang . Mungkin . Tapi lambat lagi kot . Dah tak tahu nak post ape . Assalamaualaikum .

12 December 2011

Sudah Selesai Di Interview



Assalamualaikum dan hai everybody . New design blog Nurin ni ok tak ? Yes , iTahu  blog ni sentiasa huduh . Okey , korang tahu tak , Nurin dah habis interview dah . Imtiaz  Mrsm Batu Rakit  . Seriously , Nurin tak yakin Nurin boleh masuk Imtiaz . Masa hafal surah tu rasa macam what thee fuu je . Tapi nak buat macam mana Nurin hanya boleh buat watlek watpeace je .


Mrsm , Nurin yakin sikit . Lagipun takde la dia suruh hafal surah . Kat Mrsm just suruh Nurin baca Al-Fatihah  lepas tu interview then pergi jawab ujian bertulis . Simple mimple je . Kat Mrsm yang Nurin pergi tadi , ada kolam renang woo . Kau hado ? Boleh berenang sana sini ciss macamlah daku ni boleh pegi terjun dalam kolam tu sesuka hati .


To Wani , awak ignore je lah orang yang cakap blog awak serupa macam blog saya . Lagipun saya dah tukar skin saya ni kan ? Fyi readers , kontest , Nurin , Wani dan Isha akan berlangsung this Friday . Joinlah ye , kalau tak join rugi sebab hadiah-hadiahnya semua dari blogger-blogger yang hebat belaka . Tatau nak hupdates ape . Kboi . Assalamualaikum .

10 December 2011

Imtiaz I Coming...!

Gumball-and-darwin-worried-the-amazing-world-of-gumball-23696203-500-281_large

Assalamualaikum , tadi Nurin dah buat post pasal ni . Lepas publish tengok blog , post kosong , Grrr frust gilaa . Tadi guna laptop mama ai yang dah lama tak buka . Dah berabad lamanya . Dari tahun 2009 hingga akhir tahun , tahun ni . Lama kan ? Tu pasai ai kata dah berabad lamanya .

Siapa yang tak tahu lagi pasal Imtiaz ni dan langsung tak pernah dengan perkataan Imtiaz , silalah rajin-rajinkan tangan untuk menekan older post . Malas nak bagi link . Ok , saya memang a lazy girl . Esok , me kena pergi sekolah idaman kalbu tapi interviewnya sangat menyeramkan . Boleh dikatakan seramnya setaraf hantu Bloody Mary .

Fyi gais , kat sekolah Nurin , bukan Nurin dengan Asmaa' je yang akan ke Imtiaz esok , tapi ada sorang lagi kawan kami berdua , namanya Syakirah . Tapi kami tak boleh jumpa kot , sebab Asmaa' , sesi pertama pukul 8:00 , Nurin sesi kedua pukul 8:30 . Dan Syakirah sesi kelima , pukul 10:00 . Nurin dengan Asmaa' boleh jumpa , tapi Syakirah sebaliknya .

Eh , sebelum terlupa , Nurin , Ikhwani dan Isha , bercadang nak buat satu kontest . Kami tengah mencari sponser-sponser yang baik hati . Kalau korang nak sponser , komen kat entry ni . Tak tahu nak taip apa ni pun dah cukup panjang *bagiNurin* . Assalamualaikum .

08 December 2011

Skin .

chair, cute, domo, red

Assalamualaikum , macam mana dengan design yang baru ni ? Kfine , Nurin dah tahu design ni sangat buruk . Nak tahu tak Nurin baru pertama kali buat blogskin kat blog kawan Nurin iaitu Asmaa' . Bascode template tu dari cik Han Hanan si blogger femes tu . Blog dia super duper awesome tahu ?! Nurin ubah-ubah sikit pastu bagi kat Asmaa' .

Asmaa' kata skin tu comel , tapi bagi Nurin tak comel sangat . Sebab Nurin yang edit mestilah buruk . Kalau korang nak buat skin macam tu , korang pergi kat blog Han Hanan . Kat situ ada tutorial . Kalau nak buat , korang kena ada photoshop . Tak tahu link Han Hanan ? Apedahh klik [SINI] untuk ke blog dia . Awesome ? Memang la :) Dah takde ape nak post ni . Assalamualaikum .


06 December 2011

Freebies Header .



Assalamualaikum , Nurin nak kasi korang header yang tak berapa nak awesome . Kalau korang nak , sila komen dan kredit . Kalau tak nak pun takpe sebab Nurin tahu header ni langsung tak awesome . Ni dia headernya :

http://i.imgur.com/9ftHz.png
 
http://i.imgur.com/bGSvJ.png
 
http://i.imgur.com/NUvLx.png
 
http://i.imgur.com/FUEu1.png

Temuduga...!

backpack, bag, bagpack, craawww, cute


Assalamualaikum , domo kenapa awak comel sangat ? Saya nak satu ! Siapa yang baik hati kat sini ? Silalah beli domo yang comel lagi awesome ni kat saya . Saya tetiba je kemaruk domo ni tak tahu pasai ape . Haha . Btw , korang tahu tak makna temuduga ape benda ni ?

Ok , macam ni nanti 11/12 , saya ada temuduga di Imtiaz Besut . Takut gilaa . Dia suruh kita hafal surah yang dia bagi kat kita 30 minit . Waaa , takut ni . Saya ni bukannya pandai dalam bab-bab menghafal , lagi-lagilah bila menghafal surah-surah dalam Al-quran . Hish macam mana ni ? Arghhh .

Keesokkan harinya pulak , Nurin kena pergi temuduga dekat MRSM Kuala Terengganu . Mak Nurin cakap , temuduga tu tak susah sangat sebab dia guna komputer . Best la macam ni . Hehe .

Korang doakan Nurin supaya dapat jawab semua soalan tu . Btw , ramai yang nak jadi patner *ramailahsangat* Nurin if  Nurin buat GA or contest . Bila difikir-fikir balik , malas pulak nak buat . Haha . Btw , Nurin tengah buat freebies header . Sape yang nak , angat hidung . Bye-bye mahu siapkan freebies header :)