01 May 2012

I'm back.

Tumblr_m256fpnvy41qcs58vo1_500_large

Assalamualaikum all, setelah lama dah tak bukak blog ni, tak edit blog ni, tak update blog asyik dengan twitter je, so I'm back guys! Yeahh welcome back to me *Nurin tahu tak ada orang yang buat come back kat Nurin*. So, korang macam mana sekarang? Nurin alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar setakat ni. Fyi, haritu Nurin ada dapat tawaran pergi ke asrama penuh, Nurin dapat SM Sains Hulu Terengganu (SAHUT). Entah intake ke berapa Nurin tak tahu. Lol.

Nurin tak pergi sekolah tu sebab pertama ialah, sekolah tu jauh, susah nak jumpa parents dan siblings. Balik sebulan sekali. Dan satu sebab lagi ialah, sebab Nurin rasa sekolah yang Nurin stay sekarang dah okay, SBT pulak tu. Yeah, SMK(A) Naim Lilbanat. Memang Nurin pun bangga sebab boleh sekolah tu, best, sekolah agama dan yang penting sekolah Nurin tu perempuan sahaja, lelaki not allowed there :) Lagipun Nurin dah dapat biasakan diri pakai tudung labuh, kawan pun dah ramai.

Ok stop cakap about sekolah, boring pulak bila cerita tentang sekolah ni -,- Amacam dengan skin baru ni? Lama jugak kot Nurin privatekan blog ni sebab nak edit blog. Mybe dalam 3 atau 4 hari. Whoahaa. Nurin dapat idea nak buat skin ni lepas tengok skin Kak Lettha dengan Mymostloved. Skin diorang awesome k? Tak boleh dinafikan. Tema skin ni hitam + putih. Nampak macam matured kan? Hehe. Terasa boringlah jugak asyik buka blog lepastu edit-edit tengok code yang banyak -,- Pening ~.~

Oh ya 3.5.2012 bersamaan hari Khamis *esok* ada Walkathon diraja. Nurin join benda tu, jalan-jalan satu bandar Kota Bharu macam tahun lepas. Whoaa bestnya. Tapi yang berbezanya, tahun lepas pergi dengan sekolah rendah and tahun ni sekolah menengah. Lol. Tak sabarnya nak tunggu esok. Naik bas dengan kawan-kawan, jalan-jalan dengan kawan-kawan. Tapi esok kena bawak baju sukan, kasut, telefon, camera and duit. Banyaknyaaa, mesti berat beg esok -,-

I need to go now, nota Kemahiran Hidup kena buat dua bab. Banyak gila tu. Dear cikgu, pleaselah jangan menambahkan beban saya cikgu. Cikgu tak kesian kat saya ke *buat muka comel*. K Nurin mengarut. Nurin berhenti mengarut kat sini ya? Nanti kemengarutan Nurin semakin menjadi-jadi dan maybe akan menyebabkan korang rasa mengarut disebabkan oleh kemengarutan Nurin kat dalam entry ni. Kbye korang, jumpa di post yang akan datang. Assalamualaikum.

2 comments:

  1. huhu bagus gak peluang.. tak dalam hutan pun sekolah sains tu. kalau orang TRG baca mesti ada yg sentap.. heee

    ReplyDelete
  2. Tak ada niat pun nak buat orang sentap. Sorry kak kalau sentap :'(

    ReplyDelete