Assalamualaikum and annyeong guise Y.Y
Rinduuuuuuuuuu gila kat blog ni. Haha, aku tersangatlah tak cukup masa nak uruskan blog sekarang ni. Aku asyik duk sibuk dengan PBS je ._. PBS pun satu hal, kerja dia menyakitkan hati orang je ;_; Twitter aku pun, aku dah jarang bukak. Nak kata, jarang sangat tu taklah. Cuma tak sekarap dulu. Kalau dulu, asyik-asyik on twitter, twitter and twitter je. Benda lain aku tinggal. Sampai aku haritu aku pernah tinggalkan kpop and blog dalam beberapa bulan. Sekarang aku dah ambik tahu pasal kpop apa semua tu ;~; Minhyuk tu handsome ah bro. K bro. Dia rapper bro. Aku suka rapper bro. Haha k bro. K aku gila sekejap takpe, sekali je pun, bila lagi aku nak menggila kat blog sendiri? Mende yang aku merepek ni? ;_; Abaikan luls.
Woahaaaaaa, intro dah panjang berjela, kalau essay BM aku buat intro sepanjang ni, mau pengsan cikgu aku tu. Dengan bahasa Melayu aku bukannya tinggi mana pun. Haritu exam tak silap aku aku dapat B. Apa? Kira okaylah tu, sekurang-kurangnya aku lulus. Aku tak fail. K luls. Esok bersamaan 6th October, aku ada tournament taekwando. Aku ambik untuk pattern je. Malas ah nak ambik sparing sekali. Tak pasal-pasal balik dari tournament, gigi aku sudah tarak ada. Kawan aku, Wala' dia ambik dua-dua. Ah, berani oh dia ambik dua-dua. Nervous jugaklah. Pukul 8 dah kena ada kat sekolah. Alah kitorang pergi jalan kaki je, dari sekolah ke Sri Aman tu. Kan Naimians kan? Sebenarnya aku nak tarik diri, tapi sayang ah pulak. Aku dah bayar, so terpaskalah aku masuk jugak ._.
Aku nak pinjam gamar Ljoe kejap. Dia rapper jugak weh *o* Fyi, semalam aku pergi airport hantar uncle aku naik flight ke angkasa kuala lumpur. Aku tak berapa berkenan ah kat sorang budak ni. Dia darjah 6 kot, atau pun sebaya dengan aku, ataupun tua daripada aku, akau sendiri tarak tau sebab aku tak kenal dia. Cara pemakaian dia dah okay, semua okay. Cuma bahagian tudung tu, dia pakai shawl yang lebih kurang macam ni la. Tapi dia tak pakai anak tudung, so nampaklah tekak dia yang putih melapak pak pak tu. Tapi siapalah aku nak tegur dia kan? So aku nak korang semua tolonglah, tolong sangat, jaga aurat korang tu. Jangan jual kita punya aurat. Jaga aurat. K aku dah macam ustazah pilihan lah pulak. Lmao ._.
Hari Khamis *semalam* kat sekolah ada buat perhimpunan. Yup, sekolah aku selalu buat perhimpunan hari Ahad tu wajib dan hari Khamis. Ada dua orang kakak SPM tahun lepas yang dapat 11A+. Actually 6 orang yang dapat 11A+ tapi, dua orang je yang datang. Diorang bagi taklimat and cara-cara diorang urus masa untuk belajar. Aku kagum gila dengan diorang berdua. Atas kereta pun sempat baca buku lagi? Kalau aku, baik aku baca novel ke fanfics ke. Haha. Nama akak tu kalau tak silap Kak Nabilah and Kak Bily. Aku dah pernah jumpa diorang, aku jumpa diorang dalam majalah sekolah. K lmao. Tapi memang best ah kalau dapat 11A+ dapat hadiah. Semalam akak dua orang tu pakai Samsung galaxy. Jealousnya ;_;
Ahh, post kali ni gila panjang nak mampus. Ada ke yang nak baca post ni? Followers pun tak naik tak kurang. Sedihnyaa ;_; Tulah siapa yang suruh aku berjauhan dengan blog ni sampai berbulan-bulan tak update? Ni semua salah PBS. *PBS je yang selalu disalahkan* Aku rasa macam nak stop kat sini ah. Nak pergi berlatih untuk esok. Nak betulkan pattern aku. EXO M dan Btob nak mai Malaysia kan? Tapi aku tak boleh pergi. Siapa yang pergi tu, tolong bawak balik Luhan bagi kat aku ya :p Oh ya, to the beautiful you dah nak habis. Sekarang ni aku duk tengok cerita tu lah ni. Sedih ah pulak bila dia habis. Apa-apa pun Minsul ni sweet gila. Aku ship dia dua orang. Aku dah penat dah ni nak menaip, kalau ada typo faham-fahamlah sendiri. K annyeong.
No comments:
Post a Comment